photo fun club


    Mayat lelaki tanpa tangan ditemui di Kajang

    Share

    Admin
    Admin

    Posts : 49
    Join date : 12/04/2010
    Age : 40
    Location : bumi Allah

    Mayat lelaki tanpa tangan ditemui di Kajang

    Post  Admin on Sun Oct 10, 2010 9:41 pm

    KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang terputus tangan kanan dan mempunyai kesan tetakan di muka ditemui di sebuah kawasan lapang di Taman Kajang Utama, Kajang pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata berdasarkan pengenalan diri yang ditemui pada mayat, mangsa dikenal pasti sebagai Rashid Abdullah, 31 yang berasal dari Kajang dan bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat keselamatan

    Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam pada jam 8.30 pagi dan berdasarkan kecederaan yang dialaminya, polis percaya lebih dari seorang suspek yang melakukan pembunuhan itu," ketika dihubungi di sini, hari ini. Sakaruddin berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. - BERNAMA

      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 4:10 am